Britain, Ukraine meterai perjanjian keselamatan baharu

Britain, Ukraine meterai perjanjian keselamatan baharu

PERDANA Menteri Britain, Rishi Sunak (kanan) bersama Presiden Ukraine, menandatangani dokumen perjanjian keselamatan di Kyiv. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Perdana Menteri Britain Rishi Sunak menandatangani perjanjian keselamatan baharu dengan Ukraine dan mengumumkan bantuan ketenteraan tambahan kepada negara dilanda konflik itu.

Perjanjian keselamatan baharu itu dimeterai selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky di Kyiv.

Menerusi perjanjian itu, Britain yang merupakan antara sekutu rapat Ukraine, akan meningkatkan pakej bantuannya dalam tahun kewangan akan datang kepada 2.5 bilion pound (RM14.81 bilion).

Lapor Al Jazeera, Sunak berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 200 juta pound (RM1.18 bilion)  berbanding dua tahun sebelum ini.

Pembiayaan itu merangkumi peluru berpandu jarak jauh, peralatan pertahanan udara, amunisi artileri dan keselamatan maritim.

“Musuh kami percaya bahawa kita tidak mempunyai sumber mahupun kesabaran untuk peperangan panjang.

“Jadi, kami memberanikan diri bukan sahaja di hadapan Russia tetapi sekutunya di Korea Utara, Iran dan tempat lain,” katanya dalam sidang akhbar.  

Dalam pada itu, Zelensky mengesahkan Ukraine dan Britain turut memeterai perjanjian keselamatan yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Katanya, perjanjian itu akan kekal berkuat kuasa sehingga Ukraine menyertai pakatan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

“Ini bukan sekadar deklarasi tetapi realiti yang akan membuahkan hasil kerjasama kami termasuk komitmen keselamatan daripada kuasa global utama Britain.

“Jika Britain dan negara lain menyediakan tahap jaminan sedemikian selepas 1991 maka tidak akan ada insiden pencerobohan Russia,” kata Zelensky dalam satu hantaran di aplikasi X. 

Tambah beliau, tujuan utama pemeteraian itu adalah untuk memastikan serangan ke atas Ukraine `tidak berlaku lagi’ sebaik sahaja perang berakhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya