Bolton dakwa Trump tak layak jadi Presiden

Bolton dakwa Trump tak layak jadi Presiden

JOHN BOLTON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Bekas Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS), John Bolton mengecam bekas Presiden, Donald Trump sebagai seorang yang sangat mementingkan diri , gemar menghukum musuh, malah mungkin bersekongkol dengan Russia dan China menerusi edisi terbaharu memoirnya yang dilancarkan semalam.

Bolton yang berkhidmat di White House ketika Trump menjadi Presiden pada 2018 dan 2019, menuduh calon presiden Republikan itu tidak mempunyai falsafah politik atau pandangan dasar yang koheren. 

Beliau memberi amaran Trump boleh meninggalkan pakatan keselamatan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), mengekang sokongan kepada Ukraine, memberanikan China untuk menyekat Taiwan dan secara amnya meneruskan pengasingan jika beliau kembali dipilih semula dalam pilihan raya November ini.

“Trump tidak layak menjadi Presiden. Jika empat tahun pertamanya sudah teruk, empat tahun kedua pasti akan lebih teruk,” tulis Bolton.

Amaran itu dibuat dalam buku bertajuk The Room Where It Happened  yang mencatatkan pengalaman Bolton selama 17 bulan sebagai penasihat keselamatan negara Trump. 

Bolton berkata, sebelum berkhidmat, beliau tersilap mempercayai beban jawatan akan mendisiplinkan Trump tetapi  kemudian mendapati bekas presiden itu lebih mengutamakan kepentingan dirinya sendiri.

“Trump mengambil berat hampir secara eksklusif tentang kepentingannya sendiri. Beliau ingin dikelilingi oleh pegawai White House yang akan melaksanakan perintahnya tanpa dipersoalkan,” katanya.

Bolton juga berhujah, Trump mungkin akan menggembirakan Presiden Russia, Vladimir Putin sambil menambah, dasar beliau mengenai Ukraine dalam penggal kedua akan memihak kepada Moscow.

Taiwan juga bakal berdepan bahaya dalam penggal kedua Trump selepas Bolton mendakwa hubungannya dengan China di bawah Presiden, Xi Jinping bakal mencetuskan krisis dan mungkin mampu menyekat pulau itu.

“Ia adalah pertandingan rapat antara Putin dan Jinping yang paling gembira melihat Trump kembali memegang jawatan,” tulisnya.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya