Blinken seru Asia Barat guna pengaruh elak kitaran keganasan

Blinken seru Asia Barat guna pengaruh elak kitaran keganasan

ANTONY BLINKEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHANIA: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken berkata, negara-negara Asia Barat perlu menggunakan pengaruh mereka ke atas isu serantau untuk memastikan konflik Gaza dibendung, sekali gus menghalang kitaran keganasan yang tidak berkesudahan.

Blinken berkata demikian selepas bertemu pemimpin Turkiye dan Greece pada permulaan lawatan selama seminggu bertujuan meredakan ketegangan yang memuncak sejak perang Israel dan Hamas bermula Oktober lalu.

“Adalah demi kepentingan hampir semua negara di Asia Barat untuk membendung pertempuran itu.

“Kami mahu memastikan bahawa negara-negara yang berasa begitu juga menggunakan hubungan dan  pengaruh mereka dengan beberapa kumpulan yang mungkin terlibat untuk menutup perkara ini dan memastikan bahawa kita tidak melihat penyebaran konflik,” katanya sebelum terbang ke Jordan.

Kumpulan Hezbollah Lubnan yang disokong Iran semalam mendakwa menembak roket ke Israel sementara rejim Zionis mengaku menyerang kubu  pengganas sebagai tindakan balas.

Blinken berkata, adalah sangat penting bahawa Israel diberi keselamatan di utara negara itu.

“Dari perspektif Israel, ia jelas tidak berminat, tidak mahu peningkatan pergolakan tetapi mereka juga perlu bersedia sepenuhnya untuk mempertahankan diri,” katanya.

Blinken yang turut melawat negara-negara Arab, Israel dan Tebing Barat yang diduduki, berkata, jika usaha untuk menyelesaikan krisis itu gagal, akan tercetus kehidupan yang tidak selamat serta konflik baharu kepada penduduk di rantau itu.

Beliau juga menegaskan akan melihat apa yang boleh dilakukan untuk memaksimumkan perlindungan orang awam di Gaza serta meningkatkan penyampaian bantuan kemanusiaan di wilayah terkepung itu.

“Terlalu ramai rakyat Palestin terbunuh, terutama kanak-kanak,” katanya.

Blinken juga berharap untuk mencapai kemajuan dalam perbincangan tentang bagaimana Gaza boleh ditadbir jika Israel mencapai matlamatnya menghapuskan Hamas.

Menurut pegawai, Washington mahu negara di rantau itu, termasuk Turkiye memainkan peranan dalam pembinaan semula tadbir urus dan kemungkinan keselamatan di Semenanjung Gaza yang  dikendalikan oleh Hamas sejak 2007.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya