ISLAMABAD: Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun dalam kes kontroversi berkaitan tuduhan membocorkan rahsia negara.
Perkara itu dimaklumkan oleh media kerajaan dan jurucakap parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI).
Pengumuman itu dibuat ketika negara itu bakal mengadakan pilihan raya pada 8 Februari depan.
Hukuman itu dijatuhkan selepas perbicaraan yang diadakan di dalam penjara yang mana Imran ditahan kebanyakan masa sejak penahanannya pada Ogos tahun lalu.
“Bekas Perdana Menteri, Imran Khan dan Naib Presiden PTI, Qureshi dijatuhkan hukuman penjara 10 setahun setiap satu berkaitan kes cypher,” kata jurucakap parti itu.
Kes itu tertumpu pada bagaimana dua individu berkenaan mengendalikan cypher dihantar oleh duta Pakistan ke Amerika Syarikat (AS) yang mendakwa Washington bersubahat dalam komplot untuk memecat Imran dari jawatannya pada 2022. – AFP