AS serang tapak radar Houthi di Yaman

AS serang tapak radar Houthi di Yaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANAA: Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan baharu menyasarkan sebuah tapak radar milik kumpulan Houthi di Yaman.

Perkara itu disahkan oleh Pusat Komando AS selepas kumpulan Houthi disokong Iran memberi amaran akan melakukan serangan lanjut ke atas kapal-kapal di Laut Merah.

Serangan ke atas tapak radar Houthi itu berlaku sehari selepas beberapa serangan dilancarkan di seluruh negara, sekali gus meningkatkan kebimbangan perang Israel-Hamas boleh melanda wilayah dengan lebih meluas.

Media rasmi Houthi sebelum ini melaporkan pangkalan udara Al-Dailami terletak di Sanaa diserang.

Kumpulan Houthi melakukan serangan selama beberapa minggu ke atas kapal berkaitan dengan Israel, sebagai tanda protes terhadap perang rejim Zionis di Gaza.

Houthi memberi amaran bahawa kepentingan AS dan Britain adalah ‘sasaran yang sah’ selepas serangan pertama.

Semalam, Britain dan AS serta lapan sekutunya berkata, serangan yang dilakukan bertujuan ‘mengurangkan ketegangan’, tetapi Houthi berikrar untuk meneruskan serangan mereka.

“Semua kepentingan AS dan British menjadi sasaran yang sah berikutan serangan itu”, kata Majlis Politik Tertinggi pemberontak. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya