AS luluskan penjualan jet F-16 kepada Turkiye

AS luluskan penjualan jet F-16 kepada Turkiye

JET pejuang F-16 mengadakan latihan ketenteraan berhampiran sempadan Jerman-Belgia di Spangdahlem, Jerman.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden meluluskan penjualan jet pejuang F-16 kepada Turkiye berikutan pengesahan kerajaan negara itu minggu ini mengenai keahlian Sweden dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Jabatan Negara memaklumkan Kongres mengenai kelulusan penjualan F-16 bernilai AS$23 bilion (RM108.73 bilion) kepada Turkiye, bersama dengan penjualan jet pejuang canggih F-35 ke Greece berjumlah AS$8.6 bilion (RM40.65 bilion). 

Langkah itu dibuat hanya beberapa jam selepas Turkiye menghantar instrumen ratifikasi penyertaan Sweden ke dalam NATO kepada Washington yang menjadi lokasi penyimpanan dokumen perikatan tersebut.

Penjualan kepada Turkiye termasuk 40 buah jet F-16 dan peralatan baharu untuk memodenkan 79 armada F-16 sedia ada. 

Jualan kepada Greece pula melibatkan 40 buah jet F-35 dan peralatan berkaitan.

Sekutu NATO, Turkiye lama berusaha untuk menaik taraf armada F-16 miliknya dan pengesahan keahlian Sweden bergantung pada kelulusan penjualan pesawat baharu itu. 

Pentadbiran Biden menyokong penjualan itu, tetapi beberapa penggubal undang-undang sebelum ini menyatakan bantahan kerana kebimbangan mengenai hak asasi manusia.

Ahli Jawatankuasa Perhubungan Luar Senat, Senator Ben Cardin berkata, beliau masih mempunyai kebimbangan mengenai rekod hak asasi manusia Turkiye, tetapi bersetuju dengan penjualan itu berdasarkan komitmen yang dibuat untuk memperbaikinya. 

“Saya berharap untuk memulakan lembaran baharu ini dalam hubungan kami dengan Turkiye, mengembangkan pakatan NATO dan bekerjasama bersama sekutu global kami dalam menghadapi pencerobohan Russia yang berterusan terhadap jirannya,” katanya.-AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya