AS, Eropah mulakan usaha diplomatik tamatkan perang Gaza

AS, Eropah mulakan usaha diplomatik tamatkan perang Gaza

ANTONY Blinken tiba di Istanbul, sebahagian lawatan ke Asia Barat yang memfokuskan konflik di Gaza. - AFP    
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken dan diplomat kanan Eropah, Josep Borrell memulakan usaha diplomatik baharu untuk menghentikan perang Gaza yang tercetus sejak 7 Oktober tahun lalu.

Kedua-dua delegasi itu mengadakan lawatan ke Asia Barat selepas pertempuran antara Israel dan Hamas yang berlanjutan sejak tiga bulan lalu sudah mengorbankan sekurang-kurangnya 22,600 penduduk Palestin.

Blinken dijangka melawat Tebing Barat dalam rangka lawatan selama seminggu yang bermula kelmarin di Turkiye, selaku negara yang menawarkan untuk menjadi pengantara.

Beliau juga akan melawat Israel, Jordan, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Mesir.

“Usaha diplomatik tersebut bukan untuk kepentingan sesiapa, bukan Israel, bukan untuk rantau itu dan bukan kepada dunia, sebaliknya bertujuan mencegah konflik merebak ke luar Gaza,” kata jurucakap Jabatan Negara AS, Matthew Miller.

Ketua Dasar Luar EU, Borrell, juga akan tiba di Lubnan bagi mengusahakan penamatan konflik Gaza itu.

Terdahulu, Israel mendakwa sudah membunuh kira-kira 8,000 pejuang Hamas sejak konflik bermula pada Oktober tahun lalu.

Penduduk Gaza memaklumkan tentera Israel memperhebatkan serangan ke atas wilayah Al-Maghazi, Al-Bureij dan Al-Nusseirat yang padat dengan orang.

Pihak berkuasa Palestin mengesahkan kira-kira 162 orang terbunuh dalam tempoh 24 jam.

Jelasnya, di selatan pula, ratusan ribu penduduk Gaza bergerak jauh lagi ke selatan berikutan amaran Israel selepas 22 orang terbunuh dalam serangan udara ke atas Khan Younis.

Pegawai kesihatan Palestin mengesahkan sekurang-kurangnya 10 orang maut dan beberapa lagi cedeta akibat serangan udara Israel menyasarkan sebuah rumah milik keluarga Al-Bayouk.

Menurut Bulan Sabit Merah Palestin, tiga lagi maut dan tujuh cedera dalam serangan Israel ke atas sebuah rumah di tengah Gaza, Deir Al-Balah. 

Pegawai perubatan melaporkan dua lagi orang terbunuh dan beberapa lagi cedera di bandar Gaza.

Penduduk menyifatkan ia merupakan serangan udara terbaharu Israel yang dilancarkan pada waktu malam. – REUTERS 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya