AS desak gencatan senjata segera di Gaza

AS desak gencatan senjata segera di Gaza

ANTONY Blinken (kiri) dan Sheikh Mohammed Abdulrahman al Thani menghadiri sidang media di Doha, Qatar.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan pemimpin lain mendesak gencatan senjata sementara baharu untuk membolehkan pembebasan tebusan oleh Hamas dan lebih banyak bantuan sampai ke Gaza.

Israel berkata, rundingan yang dimulakan oleh Qatar melibatkan ketua perisikan AS, Israel dan Mesir adalah membina namun masih terdapat jurang yang sangat ketara.

Hamas mengulangi bahawa Israel mesti menghentikan serangannya dan berundur dari Semenanjung Gaza sebelum sebarang pertukaran tahanan berlaku.

Pemimpin kanannya, Taher al-Nunu berkata, Hamas mahukan gencatan senjata yang lengkap serta menyeluruh di Gaza dan bukan bersifat sementara namun rejim Zionis berdegil akan berperang sehingga kumpulan pejuang itu dihapuskan.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken memberitahu sidang media, rundingan itu penting dan berharap gencatan senjata dapat dilakukan segera tetapi mengakui masih banyak kerja yang perlu dilakukan bagi melaksanakan usaha itu.

Dalam pada itu, jurucakap White House, John Kirby membidas komen beberapa ahli politik Israel yang disifatkan melulu dan keterlaluan selepas Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir menggesa peneroka Yahudi untuk kembali ke Gaza. 

Kenyataan Ben-Gvir itu mendapat kecaman daripada rakyat Palestin yang berpendapat kata-katanya menyamai seruan untuk pengusiran paksa dari tanah air mereka sendiri.

Sementara itu, Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman al Thani berkata, beliau berharap tindak balas AS terhadap serangan dron yang membunuh tiga tenteranya di Jordan tidak akan menjejaskan perjanjian pembebasan tebusan di Gaza.

Ia adalah serangan maut pertama terhadap tentera AS sejak perang Israel-Hamas meletus pada Oktober lalu, sekali gus menandakan ketegangan yang semakin meruncing di Asia Barat.

Bercakap pada Majlis Atlantik Washington, Sheikh Mohammed berkata, tindakan balas AS pasti akan memberi kesan kepada keselamatan serantau dan mereka berharap perkara tersebut dapat dibendung.

“Saya berharap tiada apa-apa yang akan menjejaskan usaha yang kami lakukan atau menjejaskan proses itu,” katanya.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya