Anjing robot catat rekod lari pecut terpantas dunia

Anjing robot catat rekod lari pecut terpantas dunia

HOUND mencipta rekod larian pecut robot terpantas di dunia.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Robot anjing diberi nama Hound berjaya mencipta rekod larian 100 meter terpantas di dunia bagi peranti seumpamanya.

Pada kelajuan purata 18.12 kilometer sejam, Hound mampu menempuh jarak tersebut dalam hanya 19.87 saat.

Menurut portal Rekod Dunia Guinnes, Hound dibangunkan oleh Makmal Kawalan dan Reka Bentuk Robot Dinamik di Institut Sains dan Teknologi Termaju Korea (KAIST) di Daejeon, Korea Selatan.

Hound dilengkapi kaki ringan khusus untuk larian pecut dan mempunyai berat sekitar 45 kilogram yang hampir serupa dengan anjing jantan bulldog Amerika dewasa.

Robot berkenaan direka bentuk dengan rangkaian gerakan yang komprehensif untuk menyediakan modul konfigurasi penggerak selari bersama sistem takal tali pinggang untuk menghantar penggerak lutut ke sendi.

“Bermula dari kedudukan pegun, robot itu menamatkan pecutannya dan berhenti selepas melepasi garisan penamat.

“Semua pergerakan ini dicapai dengan pengawal motor tunggal yang dilatih dalam simulasi melalui pembelajaran pengukuhan, ” kata pereka Hound, Young-Ha Shin.

Ha Shin berkata, ciri-ciri motor robot berkenaan dimasukkan ke dalam simulasi untuk memaksimumkan had penggerak dan menjadikan persekitaran sedekat mungkin dengan dunia sebenar.

“Dalam simulasi, ia boleh memecut ke kelajuan yang lebih tinggi, tetapi kami belum mengujinya di dunia nyata lagi,” jelasnya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya