TOKYO: Angka kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda wilayah Ishikawa di Jepun baru-baru ini, meningkat kepada 110 orang.
Pihak berkuasa tempatan mengesahkan seramai 222 orang dilaporkan hilang di wilayah berkenaan setakat hari ini.
Berdasarkan laporan media tempatan, mangsa yang hilang sebahagian besar tertumpu di bandar Wajima dan Suzu.
Bandar Wajima paling terjejas dengan merekodkan 59 kematian dan lebih 100 orang dilaporkan tertimbus dan terperangkap di bawah runtuhan bangunan.
Menurut Datuk Bandar Shigeru Sakaguchi, jalan raya di bandar Wajima terputus hubungan ekoran dilanda tanah runtuh akibat gempa bumi, menyukarkan lagi pencarian mangsa.
Katanya, ketika ini, operasi menyelamat tertumpu di kawasan orang ramai mengesan mangsa terperangkap bawah runtuhan.
Gempa bumi berukuran 7.6 magnitud menggemparkan Jepun pada Hari Tahun Baharu.
Gegaran utama mencetuskan ombak sekurang-kurangnya 1.2 meter tinggi di Wajima, dan beberapa siri tsunami yang lebih kecil dilaporkan di tempat lain. – XINHUA/AGENSI