KYIV: Sekurang-kurangnya 13 orang cedera dalam serangan peluru berpandu yang melanda sebuah hotel di bandar Kharkiv, Ukraine.
Menurut pihak berkuasa tempatan, antara mangsa yang cedera merupakan pengamal media dari luar negara.
Serangan itu berlaku ketika Moscow dan Kyiv saling menuduh sesama sebagai punca menyebabkan puluhan orang awam terkorban dalam serangan yang semakin meningkat.
Pejabat pendakwa raya mengesahkan sekurang-kurangnya 13 orang cedera termasuk seorang warga Turki dan Georgia.
“Dua peluru berpandu menyasarkan sebuah hotel di tengah-tengah Kharkiv.
“Tiada anggota tentera sebaliknya kira-kira 30 orang awam berada di lokasi itu,” kata Datuk Bandar Igor Terekhov menerusi aplikasi Telegram.
Jelas beliau, seorang mangsa yang cedera berada dalam keadaan amat serius.
Katanya, wartawan warga Turki antara mangsa yang cedera di lokasi berkenaan. – AFP