Zionis terus serang hospital di Gaza, WHO 'naik angin' - Utusan Malaysia

Zionis terus serang hospital di Gaza, WHO ‘naik angin’

DUA kanak-kanak Palestin menerima rawatan di Hospital al-Aqsa selepas cedera akibat terkena serangan udara tentera Israel di Deir al-Balah, Semenanjung Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam kemusnahan yang berlaku di Hospital Kamal Adwan yang menyaksikan sekurang-kurangnya lapan pesakit meninggal dunia.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata antara mangsa yang meninggal dunia adalah kanak-kanak berusia sembilan tahun.

Kenyataannya itu dikeluarkan ketika tentera Israel keluar dari hospital selepas operasi selama beberapa hari kerana mendakwa bangunan hospital itu digunakan sebagai pusat kawalan dan arahan pejuang Hamas.

Bagaimanapun, Hamas berulang kali menafikan dakwaan berkenaan.

Dalam ciapannya di X, Tedros berkata pihaknya terkejut dengan kemusnahan yang berlaku di hospital berkenaan sehingga ia tidak lagi boleh beroperasi.

Namun, kenyataan Tedros itu mendapat kecaman Israel kerana ketua WHO tersebut tidak menyebut mengenai ‘kubu Hamas di hospital’ dalam laporannya.

Israel berkata, sebelum memasuki hospital, pihaknya sudah berunding untuk memindahkan pesakit di kebanyakan hospital.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya