GAZA: Tentera Israel mengedarkan notis kepada peduduk Palestin supaya berpindah dari Khan Yunis di selatan Gaza ekoran daerah itu bakal menjadi sasaran terbaharu Zionis untuk melancarkan serangan.
Agensi Berita Palestin WAFA melaporkan, jentera tentera Israel sudah pun memasuki Khan Yunis dan bersedia untuk melancarkan serangan pada bila-bila masa.
“Tentera Israel kini menumpukan operasi di bahagian selatan Gaza dan kami percaya Hamas juga bersembunyi di bahagian selatan wilayah ini,” kata jurucakap tentera Israel, Hagari.