Zelensky yakin AS tidak akan `khianat' Ukraine

Zelensky yakin AS tidak akan `khianat’ Ukraine

VOLODYMYR ZELENSKY 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Presiden Volodymyr Zelensky menzahirkan keyakinan tinggi bahawa Amerika Syarikat (AS) dan negara Barat lain akan terus menyokong Ukraine dalam perjuangannya untuk memerangi pencerobohan kejam Russia.

Lapor Al Jazeera, Zelensky menegaskan bantuan kewangan memainkan peranan penting dalam usaha negara itu mengusir tentera Russia yang ditempatkan di sempadan pada Februari tahun lalu.  

Malah, pemimpin itu juga mencadangkan Ukraine boleh menggerakkan 500,000 anggota tentera tambahan dalam menghadapi perang dengan Russia yang sudah berlanjutan selama dua tahun.

“Kami sedang berusaha keras dalam hal ini dan saya yakin AS tidak akan mengkhianati kami.

“Apa yang kami persetujui di AS akan direalisasi sepenuhnya,” katanya dalam satu sidang akhbar. 

Kenyataan itu dibuat ketika negara-negara Barat dikatakan berdepan tekanan besar semasa menzahirkan sokongan kepada Ukraine. 

Malah, ahli Konservatif di AS menyuarakan keraguan mengenai bantuan berterusan dan menangguhkan penyalurkan pakej bantuan yang lebih besar.

Kelmarin, pemimpin di Senat AS menyatakan pakej bantuan itu tidak mungkin diberikan sebelum akhir tahun ini.   

Sebelum ini, Zelensky pernah memberi amaran bahawa penangguhan sedemikian hanya memberi manfaat kepada Presiden Russia, Vladimir Putin.

Katanya, kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya AS 2024 boleh memberi impak yang sangat kuat terhadap perang sekiranya beliau meneruskan dasar `lebih menjimatkan’ terhadap Ukraine. 

Sementara itu, Zelensky berkata, pihaknya yakin bahawa Kesatuan Eropah (EU) akan menyalurkan pakej bantuannya sendiri yang bernilai 50 bilion euro (RM255 bilion).

Beliau yakin ia akan diteruskan walaupun mendapat tentangan dari Hungary yang mana kerajaan sayap kanan membangkitkan bantahan terhadap bantuan lanjut untuk Ukraine. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya