Washington gesa Israel tamatkan perang Gaza hujung tahun ini

Washington gesa Israel tamatkan perang Gaza hujung tahun ini

TENTERA Zionis berkumpul di sempadan Semenanjung Gaza bagi melakukan rondaan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menggesa Israel supaya ‘mempercepatkan operasi di Gaza’ selepas komuniti antarabangsa terus mengecam tindakan zalim Zionis di wilayah itu.

Lapor The Economist, Washington menggesa Israel supaya ‘menamatkan perang sekurang-kurangnya menjelang hujung tahun ini’ atau berdepan tiada lagi sokongan AS.

Kecaman masyarakat antarabangsa mengenai perang di Gaza semakin berkembang sejak sembilan minggu lalu.

Sejumlah pemimpin dunia turut menzahirkan rasa marah dan kecewa dengan situasi di Gaza angkara serangan bertalu-talu oleh tentera Zionis.

Sikap membuta tuli Israel itu akhirnya mencetuskan rasa kurang senang kepada Washington dan laporan itu menjelaskan ‘kesabaran AS semakin menipis’.

Memetik sumber yang tidak didedahkan, laporan itu menyatakan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengeluarkan amaran kepada Israel ketika berkunjung ke negara haram itu, baru-baru ini.

Amaran itu mendesak Israel supaya menghentikan perang menjelang hujung tahun ini atau AS tidak lagi menyokong negara haram itu.

Namun, laporan itu tidak menyebut sama ada kedua-dua negara sudah bersetuju atau tidak berhubung perkara berkenaan.

Blinken sebelum ini berulang kali menegaskan Israel ‘sudah berusaha sebaik mungkin untuk mengurangkan kematian penduduk awam di Gaza’.

Namun, kenyataan beliau mendapat kecaman dunia apabila tentera Zionis sebenarnya langsung tidak mengendahkan penduduk awam yang terkorban kerana niat mereka memang mahu menghapuskan populasi Gaza.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, sekurang-kurangnya 18,205 penduduk Palestin terbunuh dan hampir 50,000 cedera sejak perang meletus pada 7 Oktober lalu.

Kebanyakannya yang terkorban adalah golongan wanita dan kanak-kanak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya