Wanita miliki dua rahim lahirkan bayi kembar selang sehari

Wanita miliki dua rahim lahirkan bayi kembar selang sehari

KELSEY HATCHER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang wanita berusia 32 tahun dari Alabama yang mempunyai dua rahim dan mengandung selamat melahirkan bayi kembar perempuan pada hari berbeza.

Kembar pertama yang dilahirkan oleh Kelsey Hatcher diberi nama Roxi Layla pada Selasa lalu pada pukul 7.49 pagi waktu tempatan.

Kemudian, Hatcher melahirkan seorang lagi bayi perempuan pada pukul 6.09 pagi Rabu dan dinamakan Rebel Laken.

Ibu dan bayi kembarnya sudah keluar dari hospital dan berada dalam keadaan sihat.

Hatcher mengetahui dia mempunyai dua rahim ketika berusia 17 tahun dan ia merupakan keadaan yang berlaku sejak dari dalam kandungan.

Wanita itu hanya mengetahui terdapat dua janin di dua rahimnya selepas melakukan imbasan ultra.

Menurut pakar ginekologi dan obstetrik di Hospital Universiti Alabama, Shweta Patel, mengandung di kedua-dua rahim adalah sangat jarang berlaku, namun masih selamat mengikut garis panduan yang diberikan oleh pakar perubatan.

Hatcher memberitahu, dia tergolong dalam 1 daripada 50 juta wanita yang mengalami keadaan tersebut,

Pada 2019 di Bangladesh, seorang wanita yang juga mempunyai dua rahim melahirkan bayi kembar dengan selang 26 hari. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya