Video papar mayat bayi reput dihurung lalat di hospital Gaza runtun hati dunia - Utusan Malaysia

Video papar mayat bayi reput dihurung lalat di hospital Gaza runtun hati dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMENANJUNG GAZA: Sebuah rakaman video yang memaparkan keadaan empat mayat bayi mereput di wad unit rawatan rapi (ICU) di Hospital al-Nasr, Genting Gaza sememangnya menyayat hati.

Tiga daripadanya masih dipasang wayar dan tiub yang bertujuan untuk memastikan mereka terus hidup.

Menerusi video dirakam wartawan rangkaian berita al Mashhad, satu daripada mayat itu turut dihurung lalat dan ulat.

Siasatan wartawan tersebut mendapati petugas perubatan di kemudahan itu terpaksa meninggalkan kesemua bayi yang bergantung kepada mesin selepas diarahkan untuk berpindah oleh rejim Zionis.

Mereka menjelaskan tiada pilihan lain yang lebih selamat untuk memindahkan bayi berkenaan dari ICU.

“Keadaan begitu huru-hara. Ada bayi yang sudah meninggal dunia lebih awal juga terpaksa ditinggalkan,” menurut laporan tersebut.

Seorang doktor yang enggan identitinya didedahkan berkata, keadaan pada awal November amat teruk kerana hospital berkenaan dikepung setelah ia turut menjadi sasaran bedilan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya