UNSC sekali lagi tangguh undi resolusi gencatan senjata di Gaza - Utusan Malaysia

UNSC sekali lagi tangguh undi resolusi gencatan senjata di Gaza

PENDUDUK yang cedera dibawa menaiki trak ke hospital di Khan Yunis, selatan Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menangguhkan sehingga Selasa sesi undian mengenai draf resolusi yang menggesa agar serangan di Gaza, dihentikan untuk membenarkan penghantaran bantuan kemanusiaan tanpa halangan.

Negara-negara anggota belum mencapai persetujuan mengenai draf resolusi berkenaan yang dijadual diundi pada Isnin, lapor Agensi Anadolu memetik sumber PBB.

Draf itu dirangka oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE), menegaskan semula semua pihak yang terlibat dalam konflik mesti mematuhi kewajipan mereka di bawah undang-undang antarabangsa.

Resolusi itu juga meminta agar mekanisme pemantauan PBB dilaksanakan dengan segera.

Draf resolusi itu juga mengutuk semua pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa, termasuk serangan terhadap orang awam serta menyeru pembebasan segera dan tanpa syarat semua tebusan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya