WASHINGTON: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) menerima pakai draf resolusi menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza.
Resolusi tidak mengikat itu dibentangkan oleh Mesir dengan 153 undi menyokong pada Perhimpunan Agung 193 anggota yang berhimpun bagi sesi khas tergempar mengenai Palestin.
Sepuluh negara, termasuk Amerika Syarikat (AS), Israel dan Austria mengundi menentang resolusi itu, manakala 23 negara termasuk United Kingdom (UK), Jerman, Itali dan Ukraine berkecuali.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden turut memberi amaran kepada Israel mengenai kehilangan sokongan antarabangsa susulan pengeboman ‘semberono’ terhadap orang awam.-REUTERS