Ukraine dakwa tembak jatuh dua peluru berpandu, 20 dron Russia

Ukraine dakwa tembak jatuh dua peluru berpandu, 20 dron Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Ukraine mendakwa pasukan tenteranya berjaya menangkis dua peluru berpandu dan 20 serangan dron dilakukan Russia semalaman.

Perkara itu dimaklumkan oleh tentera udara Ukraine ketika Moscow melaporkan pasukan tenteranya menembak jatuh 33 dron yang dilancarkan dari Ukraine.

“Tentera Russia menyerang dengan melancarkan peluru berpandu jelajah Iskander-K, peluru berpandu Kh-59 dan serangan 20 dron jenis Shahed,” jelas tentera udara Ukraine menerusi kenyataan.

Menurut tentera udara Ukraine, pasukannya menembak jatuh dron dan peluru berpandu Kh-59, manakala peluru berpandu jelajah Iskander-K tidak mencapai sasaran.

Jelas tentera udara itu, peluru berpandu berkenaan dilancarkan dari Crimea dan wilayah Kherson, tanpa menyatakan sekiranya terdapat sebarang mangsa atau kerosakan.

Russia pula memaklumkan pasukan tenteranya berjaya menggagalkan 33 serangan dron di wilayah sempadan dengan Ukraine.

Terdahulu, Kementerian Pertahanan Russia menerusi kenyataan menyatakan sistem pertahanan udaranya `memusnahkan dan memintas 33 kenderaan udara tanpa pemandu milik Ukraine yang melintasi wilayah Lipetsk, Rostov dan Volgograd’. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya