Ukraine dakwa musnahkan puluhan dron dilancarkan Russia

Ukraine dakwa musnahkan puluhan dron dilancarkan Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Ukraine mendakwa sistem pertahanan udara di ibu kota Kyiv dan beberapa lokasi lain di seluruh negara berjaya memusnahkan puluhan dron yang dilancarkan tentera Russia, semalaman.

Ia merupakan serangan terbaharu yang dilancarkan Moscow.

Perkara itu diumumkan oleh tentera Ukraine dalam satu kenyataan yang di aplikasi Telegram.

“Pasukan tentera Russia menyerang dengan menggunakan kenderaan tanpa pemandu (UAV) jenis Shahed dari tiga arah iaitu Chauda-Crimea yang diduduki, Primorsko-Akhtarsk dan Kursk,” jelas kenyataan itu.

Dalam kenyataan itu, tentera Ukraine mendakwa pasukannya berjaya menembak jatuh 34 daripada 35 dron yang dilancarkan Russia.

Jelas kenyataan itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Serangan dron berlaku hampir setiap hari di Ukraine dan Kyiv memperkukuhkan sistem pertahanan udaranya dengan menerima senjata daripada sekutu Eropah dan AS.

Sejak kebelakangan ini, tentera Russia meningkatkan serangan pada waktu malam.

Sebelum ini, Ukraine dilaporkan meminta sekutunya untuk menyediakan lebih banyak senjata dan sistem pertahanan udara bagi membolehkan pasukan tenteranya menangkis serangan Russia.

Bagaimanapun, pemimpin Demokrat dan Republikan Senat Amerika Syarikat (AS) memaklumkan bahawa Washington tidak mungkin dapat meluluskan bantuan bantuan untuk Ukraine sebelum akhir tahun ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya