Ukraine cadang turunkan had umur kerahan tentera

Ukraine cadang turunkan had umur kerahan tentera

TENTERA Ukraine membantu askar yang cedera di barisan hadapan berhampiran Bakhmut. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Ukraine dilaporkan menggubal draf undang-undang yang mencadangkan penurunan had umur bagi golongan individu digerakkan untuk melakukan tugas tempur daripada 27 kepada 25 tahun.     

Teks draf undang-undang itu disiarkan di laman sesawang Parlimen Ukraine pada lewat kelmarin.

Perubahan itu dibuat ketika pertempuran Ukraine menentang Russia sudah berlanjutan hampir dua tahun.

Teks draf undang-undang itu memperincikan mengenai swarga Ukraine yang akan terlibat dalam pendaftaran kerahan tentera.

Malah, teks draf itu juga menyatakan bahawa syarat tersebut hanya terpakai kepada individu yang sudah mencapai umur 25 tahun. 

Nota penjelasan ditandatangani oleh Menteri Pertahanan Ukraine, Rustem Umerov menyimpulkan mengenai peruntukan utama draf undang-undang itu.

Ia antara lain menyatakan mengenai `penurunan had umur bagi kerahan tentera daripada 27 kepada 25 tahun’. 

Sebelum ini, Presiden Volodymyr Zelensky mencadangkan Ukraine boleh menggerakkan 450,000 hingga 500,000 anggota tentera tambahan dalam menghadapi perang dengan Russia masih berlanjutan.

Namun, ia dilihat sebagai `isu sangat sensitif’ yang akan dibincangkan oleh kerajaan dan tentera sebelum memutuskan sama ada akan membawa cadangan berkenaan ke Parlimen.  

Baru-baru ini, Ukraine dan Russia saling menuduh berhubung insiden pesawat tentera yang ditembak jatuh.

Isnin lalu, Kyiv juga menafikan dakwaan Russia bahawa pasukan tentera Moscow berjaya menawan pusat wilayah Maryinka di timur Ukraine. – REUTERS 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya