Ukraine bakal hasilkan sejuta dron tahun depan

Ukraine bakal hasilkan sejuta dron tahun depan

VOLODYMYR ZELENSKYY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky memaklumkan negaranya akan menghasilkan sejuta dron pada tahun hadapan.

Ia secara tidak langsung dilihat bakal menjadi elemen penting dalam pertempuran antara Ukraine dan Russia.

“Kami akan mengeluarkan sejuta dron pada tahun depan.

“Anggota tentera kami akan menerima dron buatan Ukraine dalam briged mereka,” katanya sambil menambah negaranya berupaya menghasilkan peranti moden buatan sendiri itu.

Ukraine dan Russia menggunakan dron secara meluas bagi mengesan kedudukan musuh masing-masing, selain menggugurkan bahan letupan dan meletupkan sasaran.

Dron dikerahkan untuk menyerang sasaran atau hasil risikannya boleh digunakan melakukan serangan.

Biasanya, serangan dron mencetuskan pertempuran antara Moscow dan Kyiv, dengan terbaharu mereka merancang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menyasarkan kedudukan Russia dengan lebih baik dan bertahan daripada serangan.

Menurut pegawai Ukraine, pasukan tenteranya memerlukan 100,000 hingga 120,000 dron setiap bulan dalam usaha memerangi serangan tentera Russia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya