UK tak selamat untuk saya dan keluarga - Putera Harry

UK tak selamat untuk saya dan keluarga – Putera Harry

PUTERA HARRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Putera Harry mendakwa terpaksa meninggalkan United Kingdom (UK) malah menyifatkan diri dan keluarganya tidak boleh berasa selamat semasa lawatan ke rumah tanpa kawalan keselamatan yang mencukupi.

Anak bongsu Raja Charles III itu meninggalkan keluarga diraja Britain bersama isterinya Meghan pada awal 2020 dan berpindah ke Amerika utara sebelum akhirnya menetap di California.

Harry memfailkan kes terhadap kerajaan Britain di Mahkamah Tinggi di London selepas perlindungannya yang dibiayai oleh pembayar cukai UK dikeluarkan.

Perbicaraan dilaporkan berlangsung sejak Selasa, dengan hanya sesi pembukaan dan penutupan dibenarkan kepada media serta orang ramai atas sebab keselamatan.

“Dengan rasa amat sedih bagi kami berdua, saya dan isteri berasa dipaksa berundur daripada peranan ini dan meninggalkan negara pada 2020.

“UK adalah rumah saya. UK adalah pusat kepada warisan anak-anak saya dan tempat yang saya mahu mereka berasa seperti di rumah sama seperti tempat mereka tinggal pada masa ini di AS.

“Itu tidak boleh berlaku jika tiada kemungkinan untuk memastikan mereka selamat apabila berada di tanah UK. Saya tidak boleh meletakkan isteri saya dalam bahaya seperti itu dan berdasarkan pengalaman, saya enggan meletakkan diri saya dalam bahaya juga,” jelas Shaheed ketika membacakan kenyataan bertulis Harry kepada mahkamah.

Peguam Harry berhujah bahawa keputusan untuk menukar aturan keselamatannya akibat tindakannya meninggalkan UK adalah melanggar undang-undang dan tidak adil memandangkan status dirajanya dan kematian ibunya, Puteri Diana.

Peguam James Eadie yang mewakili Kementerian Dalam Negeri memberitahu mahkamah, sudah diputuskan Harry tidak akan diberikan perlindungan tahap yang sama seperti sebelum ini kerana meninggalkan keluarga diraja dan menetap di luar negara.

Pada bulan Mei, Harry kalah dalam tuntutannya untuk semakan undang-undang terhadap keputusan kerajaan yang menolak kebenaran kepadanya untuk membayar sendiri bagi mendapatkan perlindungan khas polis di UK.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya