Turkiye selamatkan 122 pendatang diusir kembali ke laut

Turkiye selamatkan 122 pendatang diusir kembali ke laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Turkiye menyelamatkan seramai 122 pendatang di Laut Aegean selepas pihak berkuasa Greece mengusir bot membawa golongan itu kembali ke perairan negara itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh pengawal pantai Turkiye dalam satu kenyataan.

Lapor Agensi Anadolu, menurut pengawal pantai Turkiye, pasukannya menyelamatkan 87 pendatang di luar pantai daerah Karaburun, wilayah Izmir.

Jelas pengawal pantai, seramai 35 pendatang lagi diselamatkan di daerah Menderes di Izmir.

Kesemua pendatang itu dibawa ke jabatan migrasi wilayah.

Sebelum ini, Turkiye dan kumpulan hak asasi global berulang kali mengutuk tindakan Greece yang menghalau bot membawa pemohon suaka.

Pihak berkenaan menganggap tindakan negara itu melanggar nilai kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa dengan membahayakan nyawa pendatang termasuk wanita dan kanak-kanak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya