Turkiye bincang permohonan Sweden sertai NATO - Utusan Malaysia

Turkiye bincang permohonan Sweden sertai NATO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Jawatankuasa hal ehwal luar Parlimen Turkiye akan membincangkan permohonan Sweden untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) minggu depan, lapor Xinhua.

Dalam satu kenyataan, jawatankuasa itu memaklumkan semakan mengenai permohonan itu dijadualkan pada 26 Disember.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menandatangani protokol penyertaan Sweden ke NATO dan menyerahkan kepada Parlimen pada Oktober.

Rang undang-undang itu perlu diluluskan oleh suruhanjaya sebelum sesi pengundian dilakukan di Parlimen.

Selepas Russia melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine pada Februari 2022, Sweden dan Finland mengemuka permohonan untuk menyertai NATO pada Mei.

Turkiye meluluskan keahlian Finland ke NATO pada Mac tetapi melambatkan proses penyertaan Sweden, menuntut negara Nordik itu untuk menangani kebimbangan keselamatan Ankara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya