Tragedi berebut hadiah Krismas

Tragedi berebut hadiah Krismas

ABRIELLE Baldwin maut akibat pertengkaran mengenai hadiah dengan Damarcus Coley (kiri) dan Darcus Coley (kanan).-AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TALLAHASSEE: Dua remaja lelaki ditahan selepas kakak mereka ditembak mati semasa insiden pertengkaran mengenai hadiah Krismas di sebuah rumah di Florida kelmarin.

Menurut Pejabat Sherif Pinellas County, Abrielle Baldwin, 23, yang sedang menggendong bayi lelakinya berusia 11 bulan ditembak mati oleh adiknya, Damarcus Coley, 14, selepas  meminta remaja itu berhenti bertengkar pada malam sambutan Krismas.

Melihat kejadian itu, seorang lagi adik mangsa, Darcus Coley, 15, kemudian bertindak mengeluarkan pistolnya dan menembak Damarcus di perut.

Sheriff, Bob Gualtieri berkata, sebelum insiden berlaku, ketiga-tiga beradik itu dilihat membeli-belah untuk persiapan Krismas bersama ibu mereka dan dua anak lelaki Abrielle, berusia 11 bulan dan enam tahun.

“Ketika di kedai, mangsa dan dua suspek sudah mula berbalah tentang siapa yang mendapat lebih banyak hadiah sempena Krismas tetapi pertengkaran itu makin hangat apabila mereka tiba di rumah nenek mereka hingga kejadian tembakan berlaku .

Menurut Gualtieri, Damarcus  dalam keadaan stabil di hospital dan akan ditahan di penjara apabila dibebaskan.

Suspek akan didakwa atas kesalahan pembunuhan tahap pertama, penderaan kanak-kanak dan memiliki senjata api.

Bayi yang dikendong Baldwin ketika kejadian dilaporkan selamat.

Sementara itu, Darcus kini berada di kemudahan kesihatan mental dan akan dipindahkan ke dalam tahanan juvana atas percubaan membunuh tahap pertama dan mengganggu bukti fizikal.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya