Tiga maut, Ribut Gerrit badai UK

Tiga maut, Ribut Gerrit badai UK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Tiga orang dilaporkan maut selepas kereta dinaiki mereka jatuh ke dalam sungai di utara England, ketika Ribut Gerrit membadai sebahagian besar United Kingdom (UK).

Perkhidmatan kecemasan menuju ke Sungai Esk berhampiran bandar Glaisdale sejurus sebelum tengah hari (waktu tempatan), selepas menerima laporan sebuah kenderaan jatuh ke dalam sungai.

“Kenderaan itu ditemui oleh bomba selepas pukul 3.00 petang (waktu tempatan). Malangnya, tiga lelaki di dalamnya meninggal dunia,” kata Polis Yorkshire Utara.

Menurut polis, seorang lelaki yang membantu mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan memaklumkan keadaan cuaca menyebabkam pemanduan menjadi berbahaya.

Beberapa wilayah di UK, terutamanya Scotland dan utara England dilanda ribut Gerrit sejak kelmarin yang membawa hujan lebat dan salji.

Angin sehingga 136 kilometer sejam direkodkan di Aberdeenshire di Scotland.

Pejabat Metrologi UK berkata ribut petir menyebabkan kerosakan di Greater Manchester pada malam Rabu, dengan ciri-ciri menunjukkan kemungkinan puting beliung.

Ribuan rumah terputus bekalan elektrik manakala pengangkutan kereta api dan udara turut terganggu dengan jadual perjalanan terpaksa dibatalkan.

Perkhidmatan feri antara Dover dan Perancis juga mengalami kelewatan sejak kelmarin akibat angin kencang- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya