Tiada gencatan senjata, UNSC hanya lulus resolusi kemanusiaan di Gaza

Tiada gencatan senjata, UNSC hanya lulus resolusi kemanusiaan di Gaza

KANAK-KANAK Palestin mencari barangan yang masih boleh digunakan dalam bangunan yang musnah dibedil tentera Zionis di Rafah, selatan Semenanjung Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Harapan penduduk dunia untuk menyaksikan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengakhiri perang di Gaza menerusi resolusi gencatan senjata gagal apabila badan dunia itu hanya meluluskan resolusi berkaitan bantuan kemanusiaan ke wilayah tersebut.

Keputusan UNSC itu secara tidak langsung ‘menggalakkan lagi tentera Zionis membunuh penduduk Gaza sewenang-wenangnya’.

Sebelum ini, sudah beberapa kali UNSC menangguhkan undian resolusi berkaitan perang yang berlaku dengan kali terakhir menyaksikan Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto untuk menolak resolusi yang bertujuan melaksanakan gencatan senjata.

Washington memaklumkan, gencatan senjata hanya akan memberi peluang kepada Hamas untuk melancarkan lebih banyak serangan ke wilayah Israel dan perkara itu disambut baik oleh rejim Zionis.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu juga menegaskan Hamas akan dihapuskan dan bagi tujuan itu, serangan perlu dilancarkan di Gaza, menyaksikan beliau sedikit pun tidak kisah dengan nyawa penduduk awam dan kemusnahan yang berlaku.

Dalam tempoh 48 jam lalu, lebih 410 orang terbunuh dalam serangan udara tentera Zionis, termasuk 16 orang terbunuh dalam serangan di Jabalia pada Jumaat lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan Hamas, sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak antara maut yang serangan terbabit.

DUA kanak-kanak Palestin masih mampu tersenyum ketika tiba di Deir al-Balah bersama keluarga mereka selepas tentera Zionis mengarahkan pemindahan di tengah Gaza. – AFP

HAMAS, PA TIDAK SEPENDAPAT

Dalam pada itu, kumpulan pejuang Hamas dan Pihak Berkuasa Palestin (PA) tidak sependapat berhubung resolusi tersebut.

PA menyambut baik resolusi itu yang disifatkan ‘boleh mengakhiri kekejaman Zionis di Gaza’ dan merupakan ‘tepat pada masanya’.

Namun, berbeza dengan Hamas yang menolak resolusi tersebut.

Kumpulan pejuang itu memaklumkan, resolusi itu tidak mampu menamatkan penderitaan penduduk Gaza melainkan gencatan senjata.

“Sejak lima hari lalu, pentadbiran kerajaan AS berusaha memastikan resolusi gencatan senjata tidak dilaksanakan dan digantikan dengan resolusi lemah ini.

“Tindakan itu secara tidak langsung bertentangan dengan harapan penduduk dunia dan Perhimpunan Agung PBB (UNGA) dalam menghentikan kekejaman Zionis di bumi Gaza dan juga seluruh palestin,” menurut kenyataan Hamas.

AS ‘LEBIH KUAH DARI SUDU’

Wakil tetap Russia ke PBB, Vasily Nebenzia menuduh AS punca segala masalah yang berlaku ketika ini dan perkara itu dapat dilihat menerusi sikap Washington yang sehingga kini berkeras tidak mahu resolusi gencatan senjata dilaksanakan.

Nebenzia mendakwa, AS sengaja ‘melambat-lambatkan resolusi gencatan senjata’ bagi memberi peluang dan ruang kepada Israel untuk melakukan penghapusan etnik di Gaza.

“Washington butakan mata, pekakkan telinga tentang perang di Gaza, mereka bukan tidak tahu apa yang berlaku, tapi lihat apa mereka lakukan?

“AS sengaja membawa ‘elemen berbahaya’ dalam konflik yang berlaku demi memberi peluang kepada Zionis melakukan lebih banyak kekejaman.

“Resolusi yang diberi nama Resolusi 2722 itu tidak cukup akhiri penderitaan penduduk Gaza sejak 7 Oktober lalu, tapi apa boleh buat jika semua ikut telunjuk AS?,” katanya.

BUANG MASA MENGUNDI

Sementara itu, Nebenzia juga menyelar sikap AS yang suka menggunakan kuasa veto untuk perkara tidak sepatutnya dan tidak penting.

Katanya, ibarat buang masa meminta negara anggota UNSC mengundi resolusi yang diusulkan jika AS hanya menggunakan kuasa veto untuk menggagalkan resolusi berkaitan.

“Kita bukan minta perkata tidak baik, kita minta gencatan senjata di Gaza, tapi AS tolak dan masih mahu Israel teruskan perang, buang masa semua ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya