Tiada beza Netanyahu dan Hitler-Erdogan

Tiada beza Netanyahu dan Hitler-Erdogan

RECEP TAYYIP ERDOGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mendakwa  apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam serangan selama berbulan-bulan ke atas Gaza tiada bezanya dengan tindakan pemimpin Nazi, Adolf Hitler beberapa dekad lalu.

Erdogan juga menyamakan serangan Israel ke atas Gaza dengan layanan Nazi terhadap orang Yahudi.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada acara di Ankara kelmarin, malah turut mengulangi kritikannya berkaitan sokongan Barat terhadap Israel.

“Mereka pernah bercakap buruk tentang Hitler. Apakah perbezaan yang mereka ada dengan Hitler? Adakah apa yang Netanyahu ini lakukan adalah kurang daripada apa yang Hitler lakukan? 

“Jelasnya tidak. Netanyahu malah lebih kaya dari Hitler. Beliau menerima sokongan dari Barat dan pelbagai sokongan datang dari Amerika Syarikat (AS).

“Dengan semua sokongan ini, apa yang mereka lakukan kepada lebih 20,000 penduduk Gaza? Mereka membunuh rakyat Gaza,” kata Erdogan.

Turkiye yang juga anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menyokong penyelesaian dua negara bagi konflik Israel-Palestin.

Erdogan sebelum ini turut  mengkritik serangan udara dan darat Israel ke atas Gaza, menggelarnya sebagai ‘wilayah pengganas” dan berkata pemimpinnya mesti dibicarakan di mahkamah antarabangsa.

Dalam pada itu, Erdogan berkata, Turkiye bersedia untuk mengalu-alukan ahli akademik dan saintis yang menghadapi penganiayaan kerana pandangan mereka terhadap konflik di Gaza.

Beliau merujuk kepada ahli akademik di AS dan di beberapa negara lain yang dipecat atau dikecam kerana membela rakyat Palestin.

Erdogan turut mendakwa negara Barat yang menyokong Israel terlibat dalam jenayah perang.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya