Terlalu lapar punca penduduk Gaza paksa trak bantuan berhenti

Terlalu lapar punca penduduk Gaza paksa trak bantuan berhenti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Penduduk Palestin yang kebuluran nekad memberhentikan trak bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Gaza dan berebut mengambil makanan untuk mengisi perut masing-masing.

Agensi bantuan pelarian Palestin PBB (UNRWA) memaklumkan, insiden itu menyebabkan hampir mustahil untuk trak bantuan kemanusiaan meneruskan penghantaran kepada penduduk yang dilanda masalah kekurangan makanan.

Program Makanan Sedunia PBB berkata, separuh daripada 2.3 juta penduduk Gaza kini kebuluran selepas serangan tentera Israel di bahagian selatan wilayah itu diperluaskan ke utara, sekali gus menyebabkan orang ramai terputus bekalan.

Ketua UNRWA, Philippe Lazzarini, menyatakan orang ramai memaksa trak bantuan berhenti dan mereka mengambil makanan dan memakannya serta-merta.

“Ini menunjukkan betapa terdesak dan seriusnya masalah kelaparan yang mereka hadapi,” katanya kepada pemberita di Forum Pelarian Global di Geneva.

Orang ramai membanjiri jalan, menyukarkan perjalanan trak bantuan kemanusiaan menuju ke tempat ratusan ribu orang berteduh di pusat perlindungan PBB di selatan Gaza.

Tambah Lazzarini, masalah kebuluran berlaku sejak beberapa minggu lalu dan pihaknya bertemu semakin ramai orang yang tidak makan selama satu, dua atau tiga hari.

“Persekitaran operasi kami menjadi semakin sukar dan satu-satunya cara untuk menanganinya serta meredakan ketegangan ialah dengan membawa bantuan secara berskala besar dan segera,” katanya.

Penghantaran bantuan yang melintasi Gaza melalui pintu masuk tunggal di sempadan Rafah dekat Mesir hanya sebahagian kecil daripada cabaran dalam perang Israel-Palestin, namun keperluannya semakin meningkat.

Israel memaklumkan sudah meningkatkan kapasiti pemeriksaan bantuan dan membuka semula persimpangan Kerem Shalom untuk pemeriksaan minggu ini bagi memudahkan kemasukan bantuan kemanusiaan.

Menurut anggaran PBB, sehingga 85 peratus daripada 2.3 juta orang di Gaza, satu daripada kawasan paling padat penduduk di dunia, sudah dipindahkan dan kini bersesak di Rafah, kawasan yang lebih kecil di selatan berhampiran sempadan dengan Mesir.

Lazzarini berkata penghantaran bantuan tertumpu di kawasan selatan dan tengah Gaza tetapi ia menjadi ‘sangat sukar’ untuk menyalurkan bantuan kepada penduduk yang tinggal di utara Gaza sejak pemberhentian perang tujuh hari berakhir pada 1 Disember lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya