GAZA: Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh termasuk kanak-kanak dan wanita apabila tentera Israel mengebom sejumlah kediaman di kem pelarian Nusseirat di tengah Gaza.
Menurut sumber, pesawat tentera Zionis melancarkan serangan udara di kediaman keluarga Assar dan Zaqout di dalam kem tersebut menyebabkan 14 kematian.
Angka korban dijangka meningkat dari semasa ke semasa ketika operasi mencari dan menyelamat dilakukan pasukan kecemasan.
Kebanyakan mangsa dikejarkan ke hospital dan ramai juga yang terperangkap di bawah runtuhan.
Tidak berhenti setakat itu, tentera Zionis mengebom satu lagi bangunan kediaman di al-Jalaa Street di Gaza City dan dipercayai menyebabkan kematian dan kecederaan penduduk awam.
Serangan Israel sejak 7 oktober lalu menyebabkan lebih 16,000 penduduk gaza terbunuh dan 38,000 cedera.