Tentera Zionis masuk masjid pakai kasut, persenda Allah SWT

Tentera Zionis masuk masjid pakai kasut, persenda Allah SWT

TANGKAP layar video yang menunjukkan tentera Zionis menceroboh sambil memakai kasut dan berdiri di bahagian mimbar masjid di Jenin, Tebing Barat. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEBING BARAT: Satu video tular menunjukkan sejumlah anggota tentera Israel menceroboh sebuah masjid di Jenin, Tebing Barat selepas melakukan serbuan.

Serbuan itu menyaksikan sekurang-kurangnya 11 penduduk Palestin terbunuh dan ramai lagi cedera.

Menerusi video itu, kelihatan tentera Zionis memasuki masjid sambil memakai kasut dan ada yang berdiri di bahagian mimbar.

Dengan memegang mikrofon, anggota tentera itu menyanyikan lagu Yahudi.

Lebih biadap, anggota tentera tersebut turut mempersendakan nama Allah SWT.

“Dengan nama Allah, ini adalah jurucakap tentera Israel.

“Kepada semua penduduk di kem Jenin, kisah anda sudah berakhir, kami tidak akan membenarkan kehadiran anggota bersenjata di dalam kem.

“Masa depan anda akan menjadi lebih baik kerana tiada kuasa lebih hebat melainkan Allah,” kata anggota tentera itu.

Sejak perang meletus 7 Oktober lalu, rakyat Palestin di Tebing Barat turut menjadi sasaran kekejaman Zionis.

Dianggarkan lebih 200 penduduk Palestin di Tebing Barat terbunuh dalam beberapa siri serbuan tentera Zionis.

Kebanyakannya ditembak mati tanpa sebab yang kukuh oleh tentera Zionis.

Israel mendakwa Jenin menjadi kubu kuat kumpulan pejuang Palestin di tebing Barat.

Anggota pejuang Palestin memberikan saingan hebat kepada tentera Israel biarpun mereka tidak mempunyai bekalan senjata yang canggih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya