Tentera Zionis lancar bom fosforus putih di selatan Lubnan?

Tentera Zionis lancar bom fosforus putih di selatan Lubnan?

PENGGUNAAN bom fosforus putih dilarang dalam peringkat antarabangsa di bawah Konvensyen Geneva 1980. - REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHEIRA: Jenayah perang yang dilakukan Israel tidak hanya tertumpu di Gaza apabila tentera Zionis didakwa menggunakan bom fosforus putih yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat (AS) dalam serangannya di selatan Lubnan.

Serangan itu mengakibatkan sekurang-kurangnya sembilan orang awam dan kumpulan hak asasi menyifatkannya sebagai jenayah perang dan Israel perlu disiasat segera.

Lapor Washington Post, wartawannya menemukan serpihan peluru tembakan artileri 155 meter yang dilepaskan ke Dheira, berhampiran sempadan Israel yang memusnahkan sekurang-kurangnya empat rumah.

Bom fosforus putih dilarang pada peringkat antarabangsa bawah Konvensyen Geneva 1980, yang secara jelas melarang penggunaannya sebagai senjata pembakar terhadap manusia dan alam sekitar.

Daripada sembilan mangsa yang cedera dalam serangan Israel di Dheira, sekurang-kurangnya tiga dimasukkan ke hospital.

Selain itu, AS memaklumkan, pihaknya bimbang dengan laporan Israel menggunakan bom fosforus putih yang dibekalkan dalam serang di selatan Lubnan, kata jurucakap White House, John Kirby.

“Kami sudah melihat laporan itu dan sudah tentu prihatin mengenainya. Kami akan bertanya soalan untuk cuba mengetahui lebih banyak lagi,” kata Kirby kepada pemberita di Air Force One.

Kirby berkata, bom fosforus putih mempunyai ‘utiliti ketenteraan yang sah’ untuk pencahayaan dan menghasilkan asap untuk menyembunyikan pergerakan.

“Jelas sekali pada bila-bila masa kami menyediakan barangan seperti bom fosforus putih kepada tentera lain, dengan harapan ia akan digunakan selaras dengan tujuan yang sah,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant, ketika ditanya mengenai perkara itu berkata, anggota tenteranya dan seluruh pertubuhan keselamatan bertindak mengikut undang-undang antarabangsa. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya