Tentera Israel hempas barang, bakar bekalan makanan di Gaza

Tentera Israel hempas barang, bakar bekalan makanan di Gaza

TANGKAP layar menunjukkan tentera Israel menghempaskan barangan di kedai cenderamata di Gaza. - MEMO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Satu rakaman video tular memaparkan seorang tentera Israel secara sengaja melempar dan menghempas barangan di dalam sebuah kedai cenderamata di Gaza.

Memetik New Arab, sebuah lagi video menunjukkan tentera rejim zionis itu sedang memusnahkan bekalan makanan dan air di Gaza, juga tular dalam media sosial.

Portal Hindustan Times turut melaporkan mengenai video memaparkan seorang tentera Israel sedang dirakam ketika memusnahkan kedai cenderamata milik rakyat Palestin di kem pelarian Jabalia, utara Gaza.

Dalam video tersebut, lelaki yang mengenakan pakaian seragam dan kelengkapan penuh tentera dilihat melempar dan menghempas barangan  kedai itu ke lantai.

“Manakala individu kedua yang merakam video tersebut pula kedengaran sedang ketawa,” jelas laporan.

Rakaman video askar Israel memusnahkan kedai di Gaza mencetuskan kemarahan orang ramai.

“Perbuatan vandalisme ini memburukkan lagi situasi di Gaza yang sudah pun musnah akibat peperangan,” lapor Memo.

Selain itu, video lain menunjukkan tentera Israel memusnahkan bekalan makanan dan air di kawasan Shejaiya juga tersebar luas di media sosial.

“Tentera Israel dirakam memusnahkan makanan dan air dengan membakar bekalan bantuan itu yang disimpan di belakang trak,” jelas laporan. 

Selepas video berkenaan menjadi tular, Israel akhirnya memberi maklum balas dan mendakwa melancarkan siasatan ke atas perbuatan tenteranya yang disifatkannya sebagai `tidak wajar’.   

Sehingga kini, Israel dilaporkan masih meneruskan pengeboman dan operasi serangan darat di kawasan enklaf Palestin yang terkepung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya