Tentera AS henti guna pesawat V-22 Osprey susulan nahas di Jepun - Utusan Malaysia

Tentera AS henti guna pesawat V-22 Osprey susulan nahas di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menyatakan ketenteraan negara ini menghentikan penggunaan pesawat V-22 Osprey susuli nahas maut di persisiran pantai Jepun minggu lalu yang mengorbankan lapan orang penumpang.

“Maklumat siasatan awal menunjukkan kemungkinan berlaku masalah yang menyebabkan nahas itu, tetapi punca sebenar masih belum diketahui buat masa ini,” dedah Markas Operasi Khas Tentera Udara Amerika Syarikat (AFSOC) dalam kenyataannya.

Sekurang-kurangnya 400 pesawat pengangkut dihantar dan digunakan terutamanya oleh Tentera Udara, Marin dan Tentera Laut Amerika, menurut Boeing.

Angkatan Pertahanan Jepun juga mempunyai sejumlah kecil pesawat Osprey.

Jepun menghentikan penggunaan V-22 sejurus selepas nahas itu. Amerika pada mulanya menyatakan ia menggantung pesawat Osprey daripada unit yang memiliki pesawat berkenaan, tetapi menyatakan pesawat lain akan terus melakukan penerbangan selepas pemeriksaan keselamatan dijalankan.

Ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk tentera AS menggantung pesawat yang terlibat, terutamanya selepas berlaku kemalangan maut.

Menurut Flight Safety Foundation, sekurang-kurangnya 50 kakitangan terkorban dalam nahas yang mengendalikan atau menguji pesawat dengan lebih 20 daripada kematian itu berlaku selepas V-22 mula beroperasi pada 2007.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya