Tebusan lebih selamat dengan Hamas berbanding tentera Zionis

Tebusan lebih selamat dengan Hamas berbanding tentera Zionis

PEMANDANGAN dari selatan Israel yang bersempadan dengan Gaza menunjukkan kereta kebal tentera Zionis kembali ke wilayahnya selepas pertempuran di utara Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memaklumkan beliau ‘sedih dan terkejut’ dengan insiden kematian tiga tebusan warga Israel yang ‘dibunuh secara tidak sengaja oleh tenteranya’.

Biarpun menzahirkan kesedihan, Netanyahu menyatakan operasi ketenteraan di Gaza masih diperlukan.

“Kejadian itu amat menyedihkan saya, menyedihkan semua rakyat Israel.

“Dengan rasa sedih, ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa tekanan ketenteraan masih diperlukan di Gaza bagi memastikan kesemua tebusan yang masih ditahan dibebaskan.

“Selain itu, tentera Israel akan terus berjuang menghapuskan Hamas,” katanya.

TIGA tebusan warga Israel yang ditembak mati oleh tentera Zionis ketika bertempur dengan Hamas di Gaza. – AGENSI

Kenyataannya itu secara tidak langsung meningkatkan lagi kemarahan penduduk Israel terhadap pemimpin tersebut dan gelombang menuntutnya meletak jawatan juga semakin rancak.

Sebelum ini, hampir kebanyakan penduduk Israel menolak Netanyahu untuk terus mentadbir kerajaan berikutan kegagalannya menyelamatkan semua tebusan dalam masa segera.

Penduduk Israel menyifatkan Netanyahu lebih ‘gila berperang’ daripada menyelamatkan penduduk yang ditahan Hamas.

Kelmarin, tentera Zionis mengakui ‘tersalah tembak hingga mati’ tiga tebusan warga Israel biarpun mereka bertutur dalam bahasa Hebrew dan sambil memegang baju T berwarna putihsebagai tanda menyerah.

Insiden itu mencetuskan protes di Israel dengan kebanyakan keluarga tebusan menzahirkan kebimbangan mengenai nasib mereka yang masih ditahan.

“Kami seperti menunggu giliran siapa pula akan mati selepas ini dan kami akan dimaklumkan mengenainya.

“Kami dimaklumkan oleh tentera bahawa operasi ketenteraan di Gaza akan diteruskan untuk membawa balik semua tebusan, namun apa yang kami lihat ketika ini, mereka sebenarnya lebih suka berperang daripada melakukan operasi menyelamat,” kata seorang bapa yang anaknya ditahan di Gaza.

BENJAMIN NETANYAHU

RUNDING GENCATAN SENJATA

Dalam pada itu, Netanyahu mengesahkan rundingan baharu yang diusahakan Qatar sedang digerakkan untuk menyelamatkan tebusan yang ditahan oleh Hamas di Gaza.

Kenyataan itu menyusul selepas sumber memberitahu, perunding utama Israel sedang bertemu pimpinan Qatar di Eropah bagi berunding pembebasan tebusan dan gencatan senjata baharu.

Memetik laporan Reuters, Netanyahu mengesahkan sudah memberi arahan kepada pasukan perunding mengenai usaha berkenaan.

Katanya, terdapat kritikan peribadi Israel terhadap Qatar, tetapi tumpuan utama negara haram itu kini adalah untuk membebaskan lebih ramai tebusan di Gaza.

Dalam pada itu, Netanyahu tidak memberi sebarang butiran terperinci berkenaan proses rundingan tersebut.

Dua sumber keselamatan Mesir berkata, pasukan perunding Israel kini lebih bersedia sewaktu proses rundingan terbaharu bersama pengantara, untuk mencapai perjanjian baru bagi gencatan senjata Gaza dan pembebasan tahanan Palestin sebagai pertukaran untuk pembebasan tebusan.

Kata sumber itu lagi, pasukan perunding Israel seakan-akan sudah mengubah fikiran mereka mengenai beberapa perkara yang mereka tolak sebelum ini, tetapi tidak menjelaskan lebih lanjut.

Qatar dan Mesir adalah pengantara antara Israel dan Hamas dalam perjanjian yang membawa kepada gencatan senjata selama seminggu pada akhir November.

Hamas membebaskan lebih daripada 100 wanita, kanak-kanak, dan warga asing yang dipegangnya sebagai pertukaran untuk 240 wanita dan remaja Palestin yang dibebaskan dari penjara Israel.

Namun, Netanyahu tetap angkuh menegaskan perang dengan Hamas tidak akan selesai biarpun kesemua tebusan sudah dibebaskan.

Sementara itu, Hamas masih kekal dengan pendirian yang memaklumkan, tiada sebarang rundingan akan dilakukan sehinggalah Zionis menghentikan semua serangan di Gaza. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya