Tapak nuklear paling bahaya Eropah alami kebocoran teruk

Tapak nuklear paling bahaya Eropah bocor

LOJI kuasa nuklear Sellafield berhampiran Seascale Composite di Cumbria.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sellafield, tapak nuklear paling berbahaya di Eropah dilaporkan mengalami kebocoran teruk daripada silo besar sisa radioaktif yang dikhuatiri boleh menimbulkan risiko kepada orang ramai.

Kebimbangan terhadap keselamatan bangunan serta keretakan dalam takungan enap cemar toksik yang dikenali sebagai B30, turut menyebabkan ketegangan diplomatik dengan negara-negara termasuk Amerika Syarikat (AS), Norway dan Ireland.

Kebocoran cecair radioaktif daripada bangunan reput di tapak Cumbria yang luas dikenali sebagai Magnox Swarf Storage Silo (MSSS) berkemungkinan berterusan hingga 2050.

“Menurut dokumen rasmi, masalah itu berpotensi mencetus akibat yang buruk dan berisiko mencemari air bawah tanah.

“Keretakan besar juga semakin merebak pada dinding konkrit dan salutan asfalt yang meliputi kolam besar mengandungi enap cemar nuklear selama berdekad-dekad.

“Kebimbangan diperhatikan sepanjang penyiasatan selama setahun tentang masalah yang merangkumi penggodaman siber, pencemaran radioaktif dan budaya tempat kerja toksik di lokasi pembuangan nuklear yang luas itu,” jelas laporan The Guardian.

Tapak Sellafield seluas 6 kilometer persegi yang menggaji 11,000 orang, menyimpan serta merawat sisa nuklear daripada program senjata dan penjanaan kuasa nuklear.

Dokumen yang dihantar kepada ahli lembaga kemudahan terbesar di Eropah itu pada November 2022 dan dilihat oleh The Guardian turut mendedahkan tentang kemerosotan keselamatan di seluruh tapak, memberi amaran tentang risiko terkumpul daripada kegagalan melibatkan keselamatan nuklear, asbestos dan piawaian kebakaran.

Laporan Kesatuan Eropah (EU) pada 2001 memberi amaran kemalangan di Sellafield mungkin lebih teruk daripada Chornobyl, tapak bencana 1986 di Ukraine yang mendedahkan lima juta penduduk Eropah kepada radiasi.

Sellafield mengandungi lebih banyak bahan radioaktif daripada Chornobyl.

Laporan itu berkata, kejadian yang boleh mencetuskan pelepasan sisa radioaktif ke atmosfera di loji itu termasuk letupan dan kemalangan udara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya