Suspek serangan pisau di Paris ada sejarah masalah mental

Suspek serangan pisau di Paris ada sejarah masalah mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Seorang maut dan dua cedera apabila seorang lelaki bersenjata pisau menikam pelancong di tengah Paris berhampiran Menara Eiffel, menurut Menteri dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin.

Tidak lama selepas insiden itu berlaku, polis menahan seorang suspek lelaki warga Perancis yang berusia 26 tahun.

Suspek itu sebelum ini pernah dihukum penjara selama empat tahun pada 2016 kerana merancang melakukan serangan dan namanya tersenarai dalam pemantauan pihak berkuasa negara ini.

Selain itu, suspek juga mempunyai sejarah penyakit mental.

Serangan itu berlaku pada pukul 7 malam waktu tempatan apabila seorang lelaki menyerang sepasang pelancong dengan pisau di Quai de Grenelle yang berhampiran Menara Eiffel.

Serangan itu menyebabkan seorang pelancong Jerman maut akibat kecederaan parah.

Suspek kemudiannya melarikan diri dan menyerang dua lagi individu menggunakan tukul sebelum ditahan polis.

Jelas Darmanin, suspek memberitahu dia menyerang kerana berasa terlalu marahmelihat ramai umat Islam terbunuh di Palestin dan Afghanistan.

Insiden itu berlaku lapan bulan sebelum temasya Sukan Olimpik berlangsung di Perancis yang bertindak sebagai tuan rumah kali ini.

Insiden berkenaan secara tidak langsung mencetuskan perdebatan banyak pihak mengenai tahap keselamatan di negara itu menjelang temasya tersebut. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya