Sudah bermastautin lebih 20 tahun, lelaki Rohingya kecewa Indonesia enggan beri kad pengenalan - Utusan Malaysia

Sudah bermastautin lebih 20 tahun, lelaki Rohingya kecewa Indonesia enggan beri kad pengenalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAKASSAR: Seorang pelarian Rohinya berhasrat menjadi rakyat Indoensia selepas mendakwa sudah tinggal di negara ini selama 23 tahun.

Sehubungan itu, lelaki Rohingya yang dikenali sebagai Nur Islam itu datang ke Pejabat Jabatan Penduduk dan Pendaftaran Awam di Makassar bagi memohon kad pengenalan Indonesia.

Ketua jabatan tersebut, Mely Zumbriani mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan lelaki Rohingya itu ingin memohon kad pengenalan selepas bermastautin selama lebih 20 tahun di negara ini.

Namun, tegas Mely, tiada sebarang dokumen akan dikeluarkan untuk warga asing jika tidak mempunyai sebarang dokumen rasmi.

“Mereka (pelarian Rohingya) datang ke negara ini untuk mencari suaka, maka kami tidak boleh sediakan dokumen penduduk tetap, malah tidak boleh beri sebarang dokumen kepada mereka.

“Lelaki itu bukanlah yang pertama ingin mohon kad pengenalan Indonesia, ramai lagi pelarian Rohingya cuba buat demikian,” katanya.

Ketika ditemukan Kompas.com, Nur Islam datang ke pejabat tersebut bersama enam lagi keluarganya.

“Saya sudah datang untuk uruskan dokumen, kenapa mereka masih tidak izinkan saya untuk mempunyai kad pengenalan Indonesia? Saya sudah duduk di sini selama 23 tahun.

“Disebabkan tiada kad pengenalan, saya dan isteri tidak boleh bekerja, anak saya juga tidak boleh sekolah di sekolah kerajaan, perlu ke sekolah swasta, kami tidak mampu,” katanya.

Lelaki itu juga memaklumkan, dia cuba mencari negara lain untuk bermastautin, namun tidak berjaya kerana tidak mempunyai dokumen rasmi.

“Saya mahu bekerja, saya mahu anak-anak saya bersekolah, itu sahaja, tolonglah kami,” rayunya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya