Skandal dana politik: Tiga menteri Jepun letak jawatan - Utusan Malaysia

Skandal dana politik: Tiga menteri Jepun letak jawatan

HIROKAZU Matsuno dikelilingi wartawan sebaik tiba di pejabat Perdana Perdana Menteri di Tokyo.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Seramai tiga menteri Jepun meletak jawatan berikutan skandal dana politik yang tertumpu kepada kumpulan terbesar dalam parti Liberal Democratic Party (LDP) yang memerintah.

Xinhua memetik media tempatan melaporkan, perletakan jawatan itu melibatkan Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri, Yasutoshi Nishimura; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi, Junji Suzuki dan Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan, Ichiro Miyashita.

Menurut penyiar NHK, menteri itu menyerahkan surat peletakan jawatan masing-masing pada pagi semalam.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kabinet, Hirokazu Matsuno turut melakukan perkara sama semasa sesi sidang media.

LDP baru-baru ini menjadi tumpuan berikutan dakwaan bahawa kumpulan terbesarnya gagal mengisytiharkan ratusan juta yen dalam hasil pengumpulan dana laporan pembiayaan politik dan dikhuatiri mungkin dana rahsia.

“Terdapat pandangan berbeza mengenai dana parti politik sekarang. Kepercayaan rakyat terhadap politik semakin berkurangan kerana itu.

“Terdapat perbezaan mengenai laporan dana politik saya juga.

“Untuk memastikan bahawa tidak ada gangguan dalam politik negara, hari ini saya menyerahkan surat kepada Perdana Menteri, Fumio Kishida meminta beliau melepaskan saya daripada jawatan Ketua Setiausaha Kabinet,” kata Matsuno dalam satu sidang media.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya