Shanghai rekod suhu paling sejuk dalam tempoh empat dekad

Shanghai rekod suhu paling sejuk dalam tempoh empat dekad

SHANGHAI dijangka mencatatkan suhu paling sejuk dalam tempoh empat dekad. - REUTERS  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI: Bandar Shanghai dijangka mencatatkan suhu paling sejuk dalam tempoh empat dekad, ketika amaran cuaca buruk bagi suhu rendah dan angin dikeluarkan di beberapa kawasan. 

Amaran itu dikeluarkan ketika hab kewangan utama China bakal berdepan suhu sejuk selama beberapa hari.

Menurut Biro Meteorologi Shanghai, bacaan suhu paling rendah di bandar ini iaitu -4 hingga -6 darjah Celsius direkodkan di kawasan pedalaman Shanghai semalam. 

“Manakala suhu akan kekal di bawah sifar sepanjang hari di seluruh bandar,” jelas agensi itu di laman sesawangnya.

Walaupun suhu di bandar itu masih panas berbanding dilaporkan di utara China yang mana kebanyakan wilayah merekodkan suhu rendah dalam sejarah sejak beberapa minggu kebelakangan ini, cuaca sejuk merupakan sesuatu yang luar biasa bagi Shanghai.

Biro Meteorologi Shanghai menjangkakan suhu minimum yang dilaporkan di sebuah stesen bacaan di pusat bandar kekal di bawah sifar selama lima hari berturut-turut sehingga 25 Disember depan.   

Ia sekali gus menunjukkan suhu sejuk melampau pada bulan ini yang tidak pernah berlaku dalam tempoh 40 tahun.  

Sementara itu, kira-kira 12 penduduk dilaporkan masih hilang selepas gempa bumi berukuran 6.2 magnitud melanda wilayah Gansu pada Isnin lalu.

Rata-rata warganet mempersoalkan usaha menyelamat yang ditamatkan lebih awal.

Media China melaporkan operasi mencari dan menyelamat di Gansu berakhir pada pukul 3 petang (waktu tempatan) Selasa lalu, kira-kira 15 jam selepas bencana itu melanda kawasan terpencil dan pergunungan berhampiran sempadan yang melintasi wilayah Gansu dan Qinghai. 

Perbincangan dalam talian menunjukkan warganet ingin tahu mengenai operasi mencari dan menyelamat yang ditamatkan kurang dari sehari. 

Malah, ramai percaya suhu terlalu sejuk menjadi faktor utama memaksa tempoh operasi menyelamat ditamatkan lebih awal.   

Kebiasaannya operasi menyelamat akan ditamatkan kira-kira 72 jam selepas bencana. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya