ROM: Itali menghantar sebuah kapal frigat ke Laut Merah sebagai sebahagian usaha antarabangsa untuk membantu melindungi kapal komersial lain daripada serangan peluru berpandu dan dron Houthi.
Kementerian Pertahanan menerusi kenyataan memaklumkan kapal Virgilio Fasan akan menuju ke perairan itu dalam tempoh beberapa jam lagi.
Baru-baru ini, Amerika Syarikat (AS) mengumumkan gabungan 10 negara untuk menamatkan serangan yang menjejaskan laluan transit yang membawa sehingga 12 peratus perdagangan global.
“Itali akan melaksanakan tanggungjawabnya bersama dengan masyarakat dunia untuk menentang serangan kumpulan Houthi.
“Langkah itu diambil untuk melindungi perdagangan dan menjamin kebebasan pelayaran dan undang-undang antarabangsa,” kata Menteri Pertahanan Itali, Guido Crosetto. – AFP