Separuh penduduk Gaza hadapi kebuluran - Utusan Malaysia

Separuh penduduk Gaza hadapi kebuluran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Seorang pegawai kanan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa separuh daripada penduduk Gaza kini berdepan kebuluran akibat pertempuran berterusan di wilayah itu.

Timbalan Pengarah Program Makanan Dunia PBB, Carl Skau berkata, hanya sebahagian kecil daripada bekalan yang diperlukan dapat memasuki wilayah itu.

“Sembilan daripada 10 keluarga di beberapa kawasan menghabiskan sehari semalam tanpa sebarang makanan.

“Keadaan di Gaza turut membuatkan penghantaran bantuan hampir mustahil,” katanya.

Hanya lintasan Rafah yang bersempadan dengan Mesir dibuka, membenarkan jumlah bantuan yang terhad sampai ke Gaza.

Minggu ini Israel bersetuju untuk membuka lintasan Kerem Shalom dari Israel ke Gaza tetapi hanya untuk pemeriksaan lori bantuan.

Lori itu kemudiannya akan di arah pergi ke Rafah untuk menyeberang ke Gaza.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya