Semakin ramai anak-anak Gaza bergelar yatim piatu

Semakin ramai anak-anak Gaza bergelar yatim piatu

TANGKAP layar video menunjukkan beberapa kanak-kanak mencari keluarga mereka yang dipercayai tertimbus bawah runtuhan bangunan di Gaza. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Sejak gencatan senjata antara Hamas dan Israel berakhir Jumaat lalu, tentera Zionis tanpa henti terus membedil Semenanjung Gaza, sekali gus memburukkan situasi yang sudah pun daif di wilayah tersebut.

Sejak 7 Oktober lalu, lebih 16,000 penduduk Palestin terkorban dengan hampir 40,000 lagi cedera.

Jumlah kematian yang terlalu tinggi itu secara tidak langsung meningkatkan jumlah anak yatim piatu di Gaza apabila mereka kehilangan ibu dan bapa dalam serangan Israel.

Banyak rakaman menunjukkan golongan kanak-kanak menangis dan menjerit ketakutan tanpa ibu dan bapa di sisi selepas tentera Zionis membedil Gaza.

Lebih menyayat hati, ada yang tidak tahu di mana jenazah ibu dan bapa mereka kerana terlalu sibuk melarikan diri daripada serangan tentera Israel.

Terbaharu, tular satu video menunjukkan dua kanak-kanak yang diselubungi debu menangis ketika mencari bapa mereka.

Bapa mereka dipercayai tertimbus di bawah bangunan yang runtuh berikutan serangan udara Israel di kem Jabalia.

Menurut seorang daripada mereka, bapa dan abangnya sudah syahid.

“Ayah sudah tiada, abang juga sudah tiada, mereka sudah syahid,” katanya sambil menangis.

Dalam pada itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan serangan baharu Israel menyebabkan ‘Gaza kembali menjadi neraka dunia’.

“Keadaan baru sahaja mahu kembali aman dan serangan dilancarkan lagi oleh tentera Israel, malah serangan yang dilakukan amat dahsyat.

“Dalam beberapa jam sahaja, ratusan penduduk Gaza terbunuh, ramai yang hilang ahli keluarga begitu sahaja,” kata Setiausaha Agung PBB untuk Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan, Martin Griffiths.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya