Semakin banyak wartawan terbunuh di Gaza - Utusan Malaysia

Semakin banyak wartawan terbunuh di Gaza

ORANG ramai menangisi pemergian jurukamera Al Jazeera, samer Abu Daqa yang terbunuh dalam pengeboman tentera Zionis, semasa pengebumiannya di Khan Yunis, selatan Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Sekurang-kurangnya 92 wartawan terbunuh dalam kempen ketenteraan Israel yang berlanjutan di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu, menurut pejabat media kerajaan di Palestin.

Mangsa terbaharu ialah wartawan Rami Badir dan Assem Kamal Musa yang terbunuh akibat serangan tentera penceroboh Israel sejak tiga hari lalu, Agensi Anadolu memetik kenyataan yang dikeluarkan pejabat itu.

Bagaimanapun, pejabat itu tidak mendedahkan butiran lanjut.

“Dengan membunuh wartawan, Israel cuba untuk mengaburi naratif Palestin dan cuba menutup kebenaran tetapi ia gagal mematahkan semangat rakyat Palestin,” menurut pejabat itu.

Israel mengebom Semenanjung Gaza dari udara dan darat, melakukan kepungan dan melancarkan serangan darat sejak 7 Oktober.

Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan berkata jumlah korban yang direkodkan di Semenanjung Gaza thampir 19,000 orang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya