'Saya tak tahan tengok anak menangis sebab lapar'

‘Saya tak tahan tengok anak menangis sebab lapar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHAN YUNIS: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran lebih 90 peratus daripada 2.3 juta populasi di Semenanjung Gaza berdepan krisis kebuluran, manakala 63 peratus lagi terpaksa berlapar sepanjang hari.

Penduduk Gaza terpaksa merayau untuk mencari makanan yang masih ada biarpun tahu nyawa mereka boleh diragut bila-bila masa apabila tentera Israel melancarkan serangan bom.

Seorang penduduk, Abu Khalil, 40 berkata, dia berusaha mencari makanan pada waktu siang di merata tempat untuk bekalan anak-anaknya.

“Sebelum ini, boleh dikatakan akan jumpa makanan, namun kini, tiada satu makan dijumpai dan kami amat tertekan.

“Saya berlapar tidak mengapa, tetapi saya tidak sanggup melihat anak-anak menangis kelaparan,” katanya sayu mengenangkan nasib mereka.

Selain itu, penduduk Gaza juga berdepan kekurangan bekalan air bersih dan hujan lebat yang melanda wilayah itu baru-baru ini menjadi rahmat buat mereka apabila berpeluang menadah air untuk diminum.

Seorang lagi penduduk yang enggan dikenali memberitahu, biarpun tiada rumah dan hujan lebat turun, namun situasi itu sedikit pun tidak mematahkan semangat mereka.

“Hujan lebat ini boleh berikan kami bekalan air untuk mandi, minum dan masak.

“Ada sebab kenapa Tuhan turunkan hujan di Gaza dan kami bersyukur dengan apa jua keadaan,” ujarnya.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan, dalam tempoh 66 hari perang tercetus, lebih dua per tiga daripada 36 hospital dan lebih 70 peratus kemudahan kesihatan primer di Gaza tidak lagi beroperasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya