Samseng tembak polis gara-gara kebab dipesan sudah sejuk

Samseng tembak polis gara-gara kebab dipesan sudah sejuk

Aksi Nathan Turner mengacukan senapang di kawasan flat Bedford di Milton Keynes.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Dua samseng menembak polis dan menjadikan pemandu penghantaran sebagai tebusan gara-gara kebab dipesan sudah sejuk, dalam insiden mengejutkan di kawasan flat di Bedford.

Paul Burton, 45, dan Nathan Turner, 37, dilaporkan bertindak ganas menembak senapang angin gaya penembak tepat ke arah kereta polis dan melempar cat ke atas kenderaan pihak berkuasa dari flat tingkat lapan dekat Milton Keynes.

Lapor The Sun, dua sahabat yang dipercayai mabuk dan menghisap dadah itu memaksa penghantar makanan mengembalikan wang mereka dan menahan lelaki itu dalam lif lebih sejam selepas menuduh makanan mereka lewat sampai tanpa salad yang turut dipesan.

Penghantar makanan itu hanya dilepaskan sejam kemudian apabila pemilik kedai datang membantunya.

Sejurus sebelum pukul 6 pagi dua lelaki itu mengacukan pula senjata ke arah seorang jiran yang mengetuk pintu rumah mereka dan mengadu tentang muzik dipasang terlalu kuat.

Wanita berkenaan kemudian menghubungi polis namun dua samseng itu hanya menyerah diri selepas 14 jam dikepung dan mencetus pelbagai kekecohan di kawasan flat berkenaan.

Selepas berjaya memasuki kediaman tersebut, polis merampas senapang bersama satu lagi senjata api tiruan serta beberapa ular sawa besar dan reptilia lain.

Menurut Mahkamah Luton Crown Burton mengaku bersalah cuba menyebabkan kecederaan parah dengan niat dan dua pertuduhan memiliki senjata api dan dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun.

Turner yang turut mengaku bersalah atas lima pertuduhan kerosakan jenayah dijatuhi hukuman penjara 20 bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya