Russia terima sekatan paling banyak di dunia

Russia terima sekatan paling banyak di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Russia menjadi negara paling banyak menerima sekatan di dunia berikutan pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine sejak Februari 2022.

Kerajaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengenakan sekatan baharu terhadap 150 individu dan entiti melibatkan Russia serta tiga negara lain iaitu China, Turkiye, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sekatan tersebut melibatkan sektor ekonomi dan diplomatik.

Pusingan terbaharu sekatan itu dikenakan apabila Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky melawat AS dan meminta sokongan kewangan yang lebih kukuh untuk melawan pencerobohan Russia.

Walaupun Russia dilanda sekatan daripada kuasa besar, namun negara itu mendakwa tidak menerima kesan besar terhadap ekonomi Moscow.

“Kremlin terus menjadikan Russia sebagai ekonomi zaman perang, tetapi jentera perang Presiden Russia, Vladimir Putin tidak boleh bertahan dengan pengeluaran domestik sahaja,” kata Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen dipetik Al Jazeera.

Dilaporkan oleh laman web rasmi Treasury.gov, minggu lalu, pemimpin G7 meminta sokongan mereka untuk Ukraine.

“Sekatan kami hari ini terus mengetatkan sekatan ke atas pembekal dan rangkaian negara ketiga yang bersedia memberikan input yang amat diperlukan kepada Russia untuk menambah baik dan mengekalkan pangkalan industri ketenteraannya,” jelas perbendaharaan AS.

Jabatan Perbendaharaan AS juga mengambil tindakan untuk mengenal pasti dan mengganggu individu, entiti dan rangkaian negara ketiga yang memudahkan, mengatur dan membolehkan pemindahan teknologi, peralatan serta input utama kepada pengguna akhir pangkalan industri tentera Rusia.

Kebanyakan item itu dikenal pasti oleh Biro Perindustrian dan Keselamatan Jabatan Perdagangan, bersama-sama dengan Kesatuan Eropah (EU), Jepun dan United Kingdom (UK), sebagai barangan keutamaan tinggi ketika Russia berusaha untuk memperolehnya bagi kegunaan program senjatanya.

Pakej sekatan yang dikeluarkan Selasa lalu juga menyasarkan rangkaian perolehan senjata multinasional yang diketuai oleh warga China Hu Xiaoxun.

Syarikat pertahanan swastayang berpangkalan di China, Jarvis HK C, dan rangkaian syarikat sekutu yang menyelaraskan penjualan dan komponen senjata dibuat di China ke Russia turut menerima sekatan serupa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya