Russia rancang bina lebih banyak kapal selam nuklear senjata strategik - Utusan Malaysia

Russia rancang bina lebih banyak kapal selam nuklear senjata strategik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Russia merancang untuk memperluas armada kapal selam nuklear bersenjata strategik kata Presiden Vladimir Putin pada Isnin semasa menghadiri pentauliahan dua kapal selam baharu di Severodvinsk di utara negara itu.

Bendera tentera laut Russia dinaikkan buat kali pertama di atas Imperator Aleksander III dan Krasnoyarsk.

Putin berkata kedua-dua kapal baharu itu akan menyertai Armada Pasifik Rusia di Timur Jauh, Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan Agensi Berita Interfax.

Dalam beberapa tahun tahun akan datang, limbungan kapal Sevmash di Severodvinsk akan membina tiga lagi kapal selam nuklear strategik kelas Borei.

Imperator Aleksander III adalah dari kelas Borei, yang berukuran 140 meter panjang dan mampu melancarkan peluru berpandu balistik antara benua jenis SS-N-32 Bulava.

Krasnoyarsk, yang berukuran 130 meter panjang adalah daripada kelas Yasen yang lebih kecil dan dilengkapi dengan peluru berpandu anti-kapal Oniks dan peluru berpandu jelajah Kalibr.

Sevmash terletak berhampiran Archangelsk di Laut Putih, kira-kira 1,000 kilometer utara Moscow.

Menurut laman web Global Firepower, Russia dengan 70 kapal selam mengendalikan armada kapal selam kedua terbesar di dunia selepas China.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya